Selasa, 19 Juni 2012

Tuntunan Keluarga Islami

 
Peringkat Suami Dalam Melaksanakan Tanggung Jawab

Oleh : Agus Nahnu Yp.

Dalam memberi tanggung jawab yang asasi terhadap isteri, para suami boleh dibagikan kepada beberapa peringkat yaitu:
  1. Suami yang mampu, sentiasa peka dan siap siaga memberi tanggung jawab kepada isteri dengan tidak payah diminta oleh para isteri. Dia tahu sahaja apa yang hendak diberi sama ada makan, minum, pakaian dan tempat tinggal. Juga di luar yang perlu, yang tidak pula keterlaluan atau yang munasabah, yang masih dibenarkan oleh syariat, jika dia mampu dia tidak pula keberatan memberi. Itulah golongan As Siddiqin.
  2. Suami yang juga mampu, sentiasa peka dan bersedia memberi apa-apa yang perlu kepada isteri-isteri tanpa diminta oleh isteri. Tapi perkara di luar yang perlu, dia tidak akan memberi. Kalau diminta, jika dia mampu, tidak pula keberatan untuk memberi. Itulah golongan muqarrobin.
  3. Suami yang mampu, tidak memberi apa-apa kepada isteri sekalipun yang dharuri. Apatah lagi di luar yang perlu. Namun demikian kalau diminta, tidak pula keberatan dia memberi kepada isteri-isteri. Jika dia mampu, dia tidak pula susah untuk memberi tanggung jawabnya. Itulah dia golongan orang yang soleh.
  4. Suami yang mampu tetapi tidak tahu atau tidak mahu bertanggungjawab terhadap isteri-isteri sekalipun yang dharuri. Kalau diminta pun, dia tidak mahu bertanggungjawab. Kalau dia memberi juga, dengan rasa terpaksa. Dia memberi dengan sakit hati. Adakalanya terpaksa bergaduh lebih dahulu dengan isteri, bermarah-marah dan bermasam-masam muka, barulah dia hendak memberi. Suami begini lebih suka kalau isteri bekerja untuk boleh menanggung diri sendiri bahkan kalau boleh dia hendak tumpang sama makan daripada hasil usaha isteri. Itulah dia golongan yang fasik. Suami yang seumpama ini kalau dikekalkan tabiat dan sikap ini, lebih-lebih lagi berhadapan dengan isteri yang tidak sabar, sudah tentu rumah tangga sentiasa bergolak. Krisis tidak habis-habis, kasih sayang tidak ada, kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga tidak wujud. Akhirnya membawa perceraian atau kalau tidak bercerai pun kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak atau hendak jaga wibawa. Apalah ertinya hidup berumah tangga yang tidak ada ketenangan.
Peringkat Isteri Yang Meminta Haknya kepada Suami
Isteri-isteri boleh dikategorikan kepada beberapa peringkat dalam meminta atau mendapatkan haknya dari suami-suami mereka, antaranya adalah seperti berikut:
  1. Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan oleh suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Untuk meminta, tidak sekali. Apatah lagi terhadap perkara-perkara yang tidak perlu. Kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik. Dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat siddiqin. Golongan ini sangat susah  dicari terutama di akhir zaman ini. Macam hendak mencari belerang merah atau mencari gagak putih. Ini adalah perempuan yang luar biasa.
  2. Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu (dharuri) sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya. Bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu, dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari dizaman kebendaan ini. Di zaman orang memburu dunia dan orang memandang dunia adalah segala-galanya.
  3. Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu (dharuri) dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal atau kenderaan. Namun kalau suami tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Maka itulah dia golongan orang yang soleh.
  4. Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu (dharuri) bahkan yang tidak perlu pun dia suka meminta- minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas dan tidak pernah rasa cukup. Sudah mewah pun rasa tidak cukup. Mahu lagi dan selalu meminta lagi. Kalau tidak diberi, menjadi masalah pula. Dia merungut, marah-marah, sakit hati, merajuk, hingga menjadi masalah di dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik.

    Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami. Apatah lagi dengan Tuhan. Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya. Membuatkan suaminya selalu serba salah. Berbagai- bagai kehendaknya diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakalanya pakaian terpaksa hendak ditukar sebulan atau dua bulan sekali. Asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian, tidak juga puas dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumah tangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang, macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang dan bergelora. Lama-kelamaan bercerai juga. Kalaupun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak-peranda

    Apalah ertinya rumah tangga yang begitu rupa. Di manalah keindahannya lagi? Apalah bahagianya jika gelombang dan gelora krisis tidak pernah rehat dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak yang melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Inikah Idaman anda???

Tidak ada komentar:

Posting Komentar